Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 47 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 a. dalam apa jua keadaan dan sebab, kata laluan hendaklah dilindungi dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun; b. panjang kata laluan mestilah sekurang-kurangnya dua belas (12) aksara dengan gabungan antara huruf besar dan kecil, nombor (alphanumerik) dan aksara khas; c. kekerapan penukaran dan penggunaan kata laluan adalah mengikut ketetapan polisi pengurusan kata laluan yang berkuat kuasa; d. kata laluan sistem pengoperasian (OS) atau Directory Service hendaklah diaktifkan terutamanya pada komputer yang terletak di ruang guna sama; e. kata laluan tidak boleh dicatat, disimpan atau didedahkan dengan apa cara sekalipun; f. kata laluan hendaklah tidak dipaparkan semasa input, dalam laporan atau media lain dan tidak boleh dikodkan di dalam program; g. kuatkuasakan pertukaran kata laluan semasa login kali pertama atau selepas login kali pertama atau selepas kata laluan diset semula; h. kata laluan hendaklah berlainan daripada pengenalan identiti pengguna; i. had kemasukan kata laluan bagi capaian kepada sistem aplikasi adalah maksimum tiga (3) kali sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy