Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 46 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 d. penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang; dan e. Pemilik akaun dan capaian pengguna adalah tertakluk kepada peraturan jabatan dan tindakan pengemaskinian atau pembatalan hendaklah diambil atas sebab berikut: i. pengguna bercuti panjang atau menghadiri kursus di luar pejabat dalam tempoh waktu melebihi sebulan; ii. bertukar bidang tugas kerja; iii. bertukar ke agensi lain; iv. bersara; atau v. ditamatkan perkhidmatan. K05/02/02 Hak Capaian Penetapan dan penggunaan ke atas hak capaian perlu diberi kawalan dan penyeliaan yang ketat, atas prinsip perlu mengetahui (need-to-know-basis). Keperluan capaian hendaklah sentiasa dipantau dan dikemas kini bagi memastikan hak capaian ini diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang dibenarkan sahaja. Pentadbir Sistem K05/02/03 Pengurusan Kata Laluan Pemilihan, penggunaan dan pengurusan kata laluan sebagai laluan utama bagi mencapai maklumat dan data dalam sistem mestilah mematuhi amalan terbaik serta prosedur yang ditetapkan oleh JPA seperti berikut: Pentadbir Sistem Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy