Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 45 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 05: Kawalan Capaian Objektif Memahami dan mematuhi keperluan keselamatan dalam mencapai dan menggunakan aset ICT. K05/01 Kawalan Capaian Capaian kepada proses dan maklumat hendaklah dikawal mengikut keperluan keselamatan dan fungsi kerja pengguna yang berbeza. Ia perlu direkodkan, dikemas kini dan menyokong kawalan capaian pengguna sedia ada. Pentadbir Sistem K05/02 Pengurusan Capaian Pengguna K05/02/01 Pendaftaran Pengguna Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas sistem ICT yang digunakan. Bagi mengenal pasti pengguna dan aktiviti yang dilakukan, Pentadbir Sistem perlu mengambil langkah-langkah berikut: a. akaun yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan; b. akaun user id hendaklah mencerminkan identiti pengguna; c. pemilikan akaun pengguna bukanlah hak mutlak seseorang dan ia tertakluk kepada peraturan jabatan. Akaun boleh ditarik balik jika kaedah penggunaannya melanggar peraturan; Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy