Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 43 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Data terbuka yang telah diperakukan oleh Jabatan akan dikemukakan ke JPM untuk kelulusan dan seterusnya diterbitkan ke Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) di bawah pengurusan MAMPU. K04/06 Pengendalian Media K04/06/01 Media Storan Media storan merupakan peralatan yang digunakan untuk menyimpan data dan maklumat seperti optical disk, flash disk, hard disk, USB flash drive, catridge tape, compact disc (CD) dan media storan lain. Media-media storan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan ketersediaan untuk digunakan. Bagi menjamin keselamatan, langkah-langkah berikut perlu diambil: a. semua media storan perlu di rekod dan dikawal bagi mencegah daripada capaian yang tidak dibenarkan, kecurian dan kemusnahan; b. bagi media storan yang hendak dilupuskan, semua maklumat dalam media tersebut perlu dihapuskan terlebih dahulu; c. semua media storan yang hendak dilupuskan mesti dihapuskan dengan teratur dan selamat; d. semua media storan yang mengandungi data/maklumat kritikal hendaklah disimpan di dalam Pentadbir Sistem, Pegawai Aset ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy