Versi: 1.2 Muka Surat: 42 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 a. menghalang pendedahan atau potensi ketirisan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; b. memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; c. menentukan maklumat sedia untuk digunakan; d. menjaga kerahsiaan kata laluan; e. mematuhi piawaian, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan ICT yang ditetapkan; f. melaksanakan peraturan maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; g. menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT daripada diketahui umum; dan h. mewujudkan salinan pendua maklumat penting bagi mengurangkan risiko kehilangan dan kemusnahan. K04/05 Pengelasan dan Pengendalian Data Terbuka Data Terbuka ialah data yang bebas digunakan, dikongsi dan digunakan semula oleh orang awam, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk pelbagai tujuan. Jabatan akan menyediakan set data terbuka berdasarkan bidang atau sektor atau kluster. Kategori set data ini tidak terhad dan boleh berubah mengikut fungsi teras dan keperluan semasa Jabatan. Semua
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy