Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 39 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 04: Pengurusan Aset Objektif Memberikan perlindungan keselamatan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT JPA. K04/01 Akauntabiliti Aset ICT Memberi dan menyokong perlindungan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT JPA. Tanggungjawab yang perlu dipatuhi untuk memastikan semua aset ICT dikawal dan dilindungi: a. memastikan semua aset ICT dikenal pasti, dikelas, didokumen, diselenggara dan dilupus. Maklumat aset ICT direkod dan dikemas kini dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA) mengikut Pekeliling Perbendaharaan AM 2. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan; b. memastikan semua aset ICT mempunyai pemilik dan dikendalikan oleh pengguna yang dibenarkan sahaja; c. memastikan semua pemilik mengesahkan penempatan aset ICT yang ditempatkan di JPA; d. memastikan semua peraturan pengendalian aset dikenal pasti, didokumenkan dan dilaksanakan; e. setiap pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua aset ICT di bawah kawalan atau milikan; Pegawai Aset ICT, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy