Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.1 Muka Surat: 37 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 kecuaian, kecurian, penipuan dan penyalahgunaan aset ICT. Perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: a. memastikan semua pengguna yang berkepentingan mengurus keselamatan aset ICT berdasarkan perundangan dan peraturan ditetapkan JPA; b. memastikan latihan dan program kesedaran yang diberikan kepada pengguna dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kompetensi pengguna berkaitan keselamatan aset ICT; c. memastikan prosedur latihan jabatan sentiasa dikemas kini bersesuaian dengan fungsi tugas semasa setiap pengguna; d. memastikan adanya tindakan tatatertib/ atau perundangan ke atas semua pengguna sekiranya berlaku pelanggaran keselamatan maklumat jabatan; dan e. mematuhi terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan dan peraturan semasa yang berkuat kuasa berdasarkan perjanjian yang telah ditetapkan. K03/03 Bertukar Atau Tamat Perkhidmatan Memastikan pertukaran atau tamat perkhidmatan semua pengguna yang berkepentingan diuruskan dengan teratur. Pengguna, Pengurusan Sumber Manusia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy