Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 33 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA e. merujuk agensi-agensi di bawah kawalannya untuk mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan; dan f. melaporkan sebarang maklum balas dan insiden keselamatan ICT kepada JKICT. K02/01/10 Jawatankuasa Pelan Pemulihan Bencana (JKDRP) JPA Keanggotaan JKDRP BDTM dan INTAN adalah seperti berikut: Pengerusi: TP(M)T, BDTM Ahli: a. Pasukan Pengurusan Bencana; b. Pasukan Sistem dan Operasi Pusat Data; c. Pasukan Rangkaian dan Keselamatan; d. Pasukan Aplikasi; e. Pasukan Pangkalan Data; dan f. Pasukan Meja Bantuan. Urus setia: BDTM Bidang kuasa: a. membangunkan Dokumen Pelan Pemulihan Bencana (DRP); b. menyediakan kemudahan pemulihan bencana atau Pusat Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Centre); c. membuat penilaian ke atas masalah dan jangkaan akibat bencana; TP(M)T, BDTM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy