Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 27 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA c. menjalani tapisan keselamatan sekiranya dikehendaki berurusan dengan maklumat rasmi terperingkat; d. melaksanakan prinsip-prinsip PKS dan menjaga kerahsiaan maklumat JPA; e. melaksanakan langkah-langkah perlindungan seperti berikut: i. menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; ii. memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; iii. menentukan maklumat sedia untuk digunakan; iv. menjaga kerahsiaan kata laluan; v. mematuhi piawaian, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan ICT yang ditetapkan; vi. melaksanakan peraturan berkaitan maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan vii. menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. f. melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan ICT kepada ICTSO dengan segera; g. mengawal aktiviti penggunaan media sosial seperti di bawah: i. mengelakkan ketirisan maklumat; ii. tidak memberi atau mendedahkan sebarang komen atau pernyataan atau isu yang menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar kerajaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy