Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 26 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA h. memastikan senarai daftar induk aset ICT Kerajaan disediakan; i. memastikan senarai aset ICT Kerajaan disediakan mengikut lokasi dan format Senarai Aset ICT Kerajaan dalam dua (2) buah salinan. Satu (1) senarai berkenaan perlu disimpan oleh Pegawai Aset ICT/ Pembantu Pegawai Aset ICT dan satu (1) salinan perlu dipaparkan oleh pegawai yang bertanggungjawab di lokasi; j. memastikan setiap kerosakan aset ICT Kerajaan dilaporkan untuk tujuan penyelenggaraan; k. bertanggungjawab untuk menyedia, merancang, melaksana, memantau dan merekodkan penyelenggaraan aset ICT Kerajaan; l. merancang, memantau dan memastikan pemeriksaan aset ICT Kerajaan dilaksanakan ke atas keseluruhan aset ICT Kerajaan sekurang-kurangnya sekali setahun; dan m. memastikan setiap kes kehilangan aset ICT Kerajaan dilaporkan dan diuruskan dengan teratur. K02/01/06 Pengguna Pengguna terdiri daripada warga JPA dan pihak luaran yang terlibat dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut: a. Pengguna perlu membaca, memahami dan mematuhi PKS JPA; b. mengetahui dan memahami implikasi keselamatan ICT kesan dari tindakannya; Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy