Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 25 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Pegawai Aset ICT Pegawai Aset ICT ialah pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengawal. Peranan dan tanggungjawab Pegawai Aset ICT adalah seperti berikut: a. memastikan pengurusan aset ICT Kerajaan dijalankan selaras dengan peraturan yang ditetapkan; b. memastikan penerimaan aset ICT Kerajaan dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan/ Bahagian; c. memastikan semua aset ICT Kerajaan yang diterima, didaftarkan menggunakan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPA) dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan aset; d. memastikan semua aset ICT Kerajaan yang dipinjam, direkodkan ke dalam Rekod Pergerakan Aset. Aset tidak dibenarkan dibawa keluar dari pejabat kecuali dengan kelulusan secara bertulis daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Aset/ Pegawai-pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan; e. memastikan Daftar Aset ICT dikemas kini apabila berlaku penambahan/ penggantian/ naik taraf aset termasuk selepas pemeriksaan aset, pelupusan dan hapus kira; f. memastikan semua aset ICT Kerajaan diberi tanda pengenalan dengan cara melabel tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama JPA/ Bahagian/ Agensi berkenaan di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan; g. memastikan semua aset ICT Kerajaan ditandakan dengan Nombor Siri Pendaftaran mengikut susunan yang ditetapkan; Pegawai Aset ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy