Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 24 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA c. memastikan pengguna e-mel JPA berkemahiran menggunakan emel melalui penyediaan dokumen tatacara penggunaan e-mel JPA dan Internet JPA serta pelaksanaan Kursus Pembudayaan ICT (Penggunaan E-mel dan Internet) secara berterusan. d. memastikan kemudahan membuat capaian e-mel melalui pelbagai peralatan ICT dan alat komunikasi; e. melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem e-mel; dan f. memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Media Sosial JPA Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Media Sosial JPA adalah seperti berikut: a. mematuhi segala peraturan atau syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform media sosial; b. mentadbir dan menyemak ketepatan serta sensitiviti maklumat dalam pengurusan kandungan (video, audio, gambar dan dokumen) dan komen mengikut etika media sosial semasa; dan c. melaporkan sebarang pelanggaran polisi atau etika penggunaan media sosial yang sedang berkuat kuasa kepada Ketua Komunikasi Korporat, JPA. Pentadbir Media Sosial JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy