Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 23 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA c. memastikan virus pattern, hotfix dan patch yang berkaitan dengan sistem aplikasi dikemaskini supaya terhindar daripada ancaman virus dan penggodam; d. mengehadkan capaian ke atas dokumentasi sistem bagi mengelakkan dari penyalahgunaannya; e. memastikan kelancaran operasi sistem aplikasi supaya perkhidmatan yang disediakan tidak terjejas; f. memastikan kod-kod program sistem aplikasi adalah selamat daripada penggodam sebelum sistem tersebut diaktifkan penggunaannya; g. mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip PKS dalam pewujudan akaun pengguna ke atas setiap sistem aplikasi; dan h. melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem aplikasi. Pentadbir E-mel Peranan dan tanggungjawab Pentadbir E-mel adalah seperti berikut: a. menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah mendapat kelulusan. Pembatalan akaun (pengguna yang tamat perkhidmatan, bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat; b. pentadbir e-mel boleh membekukan akaun pengguna berdasarkan peraturan atau polisi semasa; Pentadbir E-mel

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy