Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 21 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA i. melaporkan sebarang insiden pelanggaran dasar keselamatan pangkalan data kepada ICTSO. Pentadbir Portal (Web Master) Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Portal adalah seperti berikut: a. menerima kandungan portal yang telah disahkan kesahihan dan terkini daripada sumber yang sah; b. memantau prestasi capaian dan menjalankan penalaan prestasi untuk memastikan akses yang lancar; c. memantau dan menganalisis log untuk mengesan sebarang capaian yang tidak sah atau cubaan menggodam, menceroboh dan mengubahsuai antara muka portal; d. mengasingkan kandungan dan aplikasi dalam talian untuk capaian secara Intranet dan Internet ke portal JPA; e. memastikan hanya maklumat yang bersifat terbuka dipaparkan di portal; f. memastikan reka bentuk portal dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan supaya tidak dicerobohi; g. melaksanakan perkemasan keselamatan terhadap sistem pengoperasian dan perisian-perisian lain di web server; h. memantau proses backup dan restoration ke atas kandungan dan aplikasi portal; dan i. melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan portal kepada ICTSO. Pentadbir Portal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy