Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Versi: 1.2 Muka Surat: 15 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Kawalan 02: Organisasi Keselamatan Maklumat Objektif Menerangkan peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif PKS JPA. K02/01 Tadbir Urus Keselamatan Maklumat K02/01/01 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Peranan dan tanggungjawab KPPA adalah seperti berikut: a. memastikan semua keperluan jabatan seperti sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan adalah mencukupi. KPPA K02/01/02 Ketua Pegawai Digital (CDO) Jawatan Ketua Pegawai Digital (CDO) adalah disandang oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Peranan dan tanggungjawab CDO adalah seperti berikut: a. bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT JPA; b. bertanggungjawab menyelaras dan mengurus pelan tindakan dan program keselamatan seperti penyediaan PKS JPA, pelan latihan dan kesedaran pengguna, pengurusan risiko dan pengauditan; dan c. menentukan keperluan keselamatan ICT. CDO

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy