Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 13 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 01: Polisi Keselamatan Maklumat Objektif PKS JPA ini diwujudkan untuk melindungi aset ICT bagi memastikan kelancaran operasi jabatan secara berterusan, meminimumkan kerosakan atau kemusnahan aset-aset ICT melalui usaha pencegahan atau mengurangkan kesan kejadian yang tidak diingini berdasarkan kepada ciri-ciri keselamatan iaitu kerahsiaan, integriti, tidak boleh disangkal, ketersediaan dan kesahihan. K01/01 Pelaksanaan Dasar Pelaksanaan dasar ini akan dikuatkuasakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), dan dibantu oleh Jawatankuasa Pemandu ICT JPA (JPICT) yang terdiri daripada Ketua Pegawai Digital (CDO), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) dan semua Pengarah Bahagian. KPPA K01/02 Penyebaran Dasar Dasar ini perlu disebarkan kepada semua pengguna. ICTSO K01/03 Penyelenggaraan Dasar PKS JPA adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial. Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan PKS JPA: a. mengenal pasti dan menentukan perubahan yang diperlukan; b. mengemukakan cadangan untuk pertimbangan Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT); ICTSO, JKICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy