Versi: 1.2 Muka Surat: 10 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 PELAN PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT Setiap projek di JPA hendaklah menyediakan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat. Pelan ini mengandungi maklumat terperinci yang menyatakan keutamaan aplikasi, kawalan capaian dan keperluan-keperluan khusus yang lain. Pelan ini hendaklah dibangunkan dengan berpandukan Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA), Polisi Keselamatan Siber JPA dan surat pekeliling/ arahan terkini untuk menangani isu-isu operasi projek. Pelan ini hendaklah mengenal pasti perlindungan data-dalam-penggunaan, data-dalampergerakan, data-dalam-simpanan dan menghalang ketirisan data. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi maklumat terperinci berhubung seni bina sistem, teknologi dan kawalan keselamatan bagi setiap kategori elemen di bawah: 1. Peranti Pengkomputeran Peribadi Peranti Pengkomputeran peribadi merujuk kepada peranti komputer yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi dengan sistem. Contoh peranti pengkomputeran peribadi ialah komputer riba, telefon pintar, tablet dan peranti storan. 2. Peranti Rangkaian a. Peranti rangkaian merujuk kepada peranti yang digunakan untuk membolehkan saling hubung antara peranti komputer dan sistem seperti switch, router, firewall, peranti VPN dan kabel.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy