Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 9 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 PENILAIAN RISIKO KESELAMATAN ICT JPA hendaklah mengambil kira kewujudan risiko ke atas aset ICT akibat daripada ancaman dan vulnerability yang semakin meningkat hari ini. Justeru itu JPA perlu mengambil langkah-langkah proaktif dan bersesuaian untuk menilai tahap risiko aset ICT supaya pendekatan dan keputusan yang paling berkesan dikenal pasti bagi menyediakan perlindungan dan kawalan ke atas aset ICT. JPA hendaklah melaksanakan penilaian risiko keselamatan ICT secara berkala dan berterusan bergantung kepada perubahan teknologi dan keperluan keselamatan ICT. Seterusnya mengambil tindakan susulan atau langkah-langkah bersesuaian untuk mengurangkan atau mengawal risiko keselamatan ICT berdasarkan penemuan penilaian risiko. Penilaian risiko keselamatan ICT hendaklah dilaksanakan ke atas sistem maklumat JPA termasuklah aplikasi, perisian, peralatan, pelayan, rangkaian, pangkalan data, sumber manusia, proses, dan prosedur. Penilaian risiko ini hendaklah juga dilaksanakan di premis yang menempatkan sumbersumber teknologi maklumat termasuklah pusat data, bilik media storan, kemudahan utiliti dan sistem sokongan lain. JPA bertanggungjawab melaksanakan dan menguruskan risiko keselamatan ICT selaras dengan keperluan Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam. JPA perlu mengenal pasti tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan risiko berlaku dengan memilih tindakan berikut: 1. mengurangkan risiko dengan melaksanakan kawalan yang bersesuaian; 2. menerima atau bersedia berhadapan dengan risiko yang akan terjadi selagi ia memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pengurusan atasan; 3. mengelak atau mencegah risiko dari terjadi dengan mengambil tindakan yang dapat mengelak atau mencegah berlakunya risiko; dan 4. memindahkan risiko kepada pihak luaran yang berkepentingan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy