Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 8 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 5. Pengauditan Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengenal pasti insiden keselamatan aset ICT atau keadaan yang mengancam keselamatan aset ICT. Dengan itu, semua log yang berkaitan dengan aset ICT perlu disimpan bagi tujuan jejak audit. 6. Pematuhan PKS JPA hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan ICT. 7. Pemulihan Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan ketersediaan dan kebolehcapaian bagi meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh dilakukan melalui proses penduaan (backup) dan mewujudkan Pelan Pemulihan Bencana (DRP) di bawah Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP). 8. Saling Bergantung Setiap prinsip adalah saling lengkap-melengkapi dan bergantung antara satu sama lain. Dengan itu tindakan mempelbagaikan pendekatan dalam menyusun dan mencorakkan sebanyak mungkin mekanisme keselamatan, dapat menjamin keselamatan yang maksimum.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy