Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 7 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 PRINSIP-PRINSIP Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada PKS JPA adalah seperti berikut: 1. Akses Atas Dasar Perlu Mengetahui Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar perlu mengetahui sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut. 2. Hak Akses Minimum Hak akses kepada pengguna hanya diberi pada tahap yang paling minimum iaitu untuk membaca dan/ atau melihat sahaja. Kelulusan khas diperlukan untuk membolehkan pengguna mencipta, menyimpan, mengemas kini, mengubah dan menghapuskan sesuatu data atau maklumat. 3. Kebertanggungjawaban atau Akauntabiliti Semua pengguna adalah dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakannya terhadap aset ICT. Tanggungjawab ini perlu dinyatakan dengan jelas sesuai dengan tahap sensitiviti sesuatu sumber ICT. Bagi menentukan tanggungjawab ini dipatuhi, sistem ICT hendaklah mampu menyokong kemudahan mengesan atau mengesahkan bahawa pengguna sistem maklumat boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. 4. Pengasingan Tugas mencipta, menghapus, mengemas kini, mengubah dan mengesahkan data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan (unauthorized access) serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau dimanipulasikan. Pengasingan juga merangkumi data, operasi, pangkalan data dan rangkaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy