Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 106 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 14: Pematuhan Objektif Bagi mengelakkan pelanggaran peraturan berkanun undang-undang, kontrak dan PKS JPA. K14/01 Pematuhan Dasar Setiap pengguna di JPA hendaklah membaca, memahami dan mematuhi PKS JPA dan undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Senarai perundangan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua warga di JPA adalah seperti di Lampiran 5 tertakluk kepada kesesuaian JPA. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. semua perlembagaan, undang-undang, peraturan, perjanjian yang dimeterai dan lain-lain perkara yang relevan kepada keselamatan sistem maklumat dan organisasi hendaklah dikenal pasti, didokumenkan dan dikemas kini; b. peraturan yang sesuai dilaksanakan untuk pematuhan ke atas perlembagaan, undang-undang dan keperluan perjanjian mengenai penggunaan material yang tertakluk kepada hak milik harta intelek; c. rekod penting hendaklah dilindungi daripada hilang, rosak atau dipalsukan selaras dengan keperluan undang-undang, peraturan dan keperluan perjanjian JPA; Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy