Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 104 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Ujian pelan PKP hendaklah dijadualkan untuk memastikan semua ahli dalam pemulihan dan pegawai yang terlibat mengetahui mengenai pelan tersebut, tanggungjawab dan peranan mereka apabila pelan dilaksanakan. JPA hendaklah memastikan salinan pelan PKP sentiasa dikemas kini dan dilindungi seperti di lokasi utama. K13/01/01 Pelan Pemulihan Bencana Pelan Pemulihan Bencana (DRP) merujuk kepada dokumen pelan yang menetapkan sumber, tindakan, tanggungjawab dan data yang diperlukan untuk mengurus proses pemulihan selepas berlaku gangguan terhadap perkhidmatan ICT JPA. Ini bertujuan memastikan tiada gangguan kepada proses-proses dalam penyediaan perkhidmatan organisasi. Pelan ini mestilah diluluskan oleh JPICT dan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a. mengenal pasti semua tanggungjawab dan prosedur kecemasan dan pemulihan; b. melaksanakan prosedur-prosedur kecemasan bagi membolehkan pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan; c. mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui; d. mengenal pasti peristiwa yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap proses bisnes bersama dengan Pasukan PKP, Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) dan Pasukan Komunikasi Krisis (CCT)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy