Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 102 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 13: Keselamatan Maklumat Bagi Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Objektif Menjamin operasi perkhidmatan agar tidak tergendala dan meminimumkan gangguan penyampaian perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan JPA. K13/01 Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) ialah mekanisme bagi mengurus dan memastikan kepentingan stakeholder sistem penyampaian perkhidmatan dilindungi dan imej JPA terpelihara. Ini dilakukan dengan mengenal pasti kesan atau impak yang berpotensi menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan JPA di samping menyediakan pelan tindakan bagi mewujudkan ketahanan dan keupayaan bertindak yang berkesan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan operasi sistem penyampaian perkhidmatan di bawah kawalannya disediakan secara berterusan tanpa gangguan di samping menyediakan perlindungan keselamatan kepada aset ICT JPA. Tiga (3) pasukan ditubuhkan di bawah PKP JPA iaitu Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) dan Pasukan Komunikasi Krisis (CCT) bagi melicinkan pelaksanaan PKP di JPA. Ahli ERT, DRT dan CCT adalah dilantik secara rasmi oleh Pasukan PKP, Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) dan Pasukan Komunikasi Krisis (CCT)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy