Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 6 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 3. Perisian Semua jenis perisian yang digunakan untuk mengendali, memproses, menyimpan dan menghantar data atau maklumat. Ini termasuklah sistem aplikasi seperti HRMIS, eSILA, EPSA dan perisian sistem seperti Windows, LINUX dan perisian utiliti, perisian komunikasi, sistem pengurusan pangkalan data, kod sumber dan lain-lain; 4. Perkhidmatan Perkhidmatan atau sistem yang menyokong aset lain untuk melaksanakan fungsifungsinya. Contoh: i. perkhidmatan rangkaian seperti LAN, WAN dan lain-lain; ii. sistem halangan akses seperti sistem kad akses; dan iii. perkhidmatan sokongan seperti kemudahan elektrik, pendingin hawa, sistem pencegah kebakaran dan lain-lain. 5. Manusia Individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan skop kerja harian bagi mencapai misi dan objektif; dan 6. Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal yang merujuk kepada lokasi fizikal yang menempatkan perkara 1-5 di atas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy