Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 101 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K012/02 Prosedur Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Pengurusan pengendalian insiden keselamatan siber dilaksanakan oleh Pasukan CSIRTJPA yang diketuai oleh ICTSO. Pengendalian ini dilaksana berpandukan prosedur pengurusan pelaporan dan pengendalian insiden keselamatan siber JPA seperti di Lampiran 2. Pengendalian insiden keselamatan siber perlu diuruskan dengan cepat, teratur dan berkesan, mengikut prosedur dengan mengambil kira langkah-langkah berikut: a. menerima laporan insiden daripada pengguna, pihak NACSA atau sumber lain; b. mengenal pasti semua jenis insiden keselamatan ICT; c. mematuhi Pelan Pemulihan Bencana (DRP) seperti yang telah digariskan dalam PKP; d. menyimpan jejak audit dan memelihara bahan bukti dan rekod; e. mengambil tindakan pengukuhan ke atas insiden; f. menyediakan tindakan pencegahan supaya insiden serupa tidak berulang; dan g. memaklumkan atau mendapatkan nasihat pihak berkuasa perundangan sekiranya perlu. ICTSO, CSIRTJPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy