Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 100 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 iv. berlaku kejadian sistem yang luar biasa seperti kehilangan fail, sistem kerap kali gagal berfungsi atau dicapai, dan komunikasi tersalah hantar; dan v. berlaku percubaan menceroboh, penyelewengan dan insiden-insiden yang tidak dijangka yang boleh menjejaskan keselamatan siber. b. Pelaporan NACSA i. ICTSO melaporkan kepada NACSA apabila berlaku sebarang insiden keselamatan siber sekiranya perlu; dan ii. Pasukan CSIRTJPA dengan persetujuan ICTSO akan menghubungi NACSA untuk melaporkan atau mendapatkan bantuan apabila wujud potensi insiden atau berlaku sebarang insiden keselamatan siber. c. Tindakan Dalam Keadaan Berisiko Tinggi Dalam keadaan atau persekitaran berisiko tinggi, pengurusan atasan hendaklah dimaklumkan dengan serta-merta supaya satu keputusan segera dapat diambil. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan kesan atau impak kerosakan yang lebih teruk dan mengelakkan kejadian insiden merebak. d. Pelaporan kepada CSIRTJPA Pentadbir sistem yang terlibat mesti melaporkan sebarang insiden yang melibatkan keselamatan siber kepada CSIRTJPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy