Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 98 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 JPA hendaklah sentiasa memantau, mengkaji semula dan mengaudit penyampaian perkhidmatan pembekal. Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: a. pemantauan tahap prestasi perkhidmatan bagi mengesahkan pembekal mematuhi perjanjian perkhidmatan; dan b. laporan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal hendaklah dipantau dan status kemajuan dikemukakan kepada JPA. Semua perubahan perkhidmatan pembekal hendaklah dilaksanakan secara teratur dan mengikut peraturan-peraturan semasa. Perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut: a. perubahan dalam perjanjian dengan pembekal; b. perubahan yang dilakukan oleh JPA bagi meningkatkan perkhidmatan selaras dengan penambahbaikan sistem, pengubahsuaian dasar dan prosedur; dan c. perubahan dalam perkhidmatan pembekal hendaklah selaras dengan perubahan rangkaian, teknologi baharu, produk baharu, peralatan baharu, perubahan lokasi, pertukaran pembekal dan subkontraktor.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy