Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 97 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 11: Hubungan Pembekal Objektif Memastikan keselamatan aset ICT JPA yang diberi kebenaran capaian dilindungi. K11/01 Keselamatan Maklumat Dalam Hubungan Dengan Pembekal Perkara–perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. pembekal hendaklah mematuhi semua proses dan prosedur yang ditetapkan semasa menjalankan tugas; b. pengurusan pembekal adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa; c. pengawalan dan pemantauan akses pembekal; dan d. keperluan minimum keselamatan maklumat bagi setiap pembekal seperti keperluan perundangan atau pekeliling berkaitan hendaklah dinyatakan dalam perjanjian. Pengurus Projek, Pemilik Projek, Pembekal K11/02 Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Pembekal Untuk mengekalkan tahap keselamatan maklumat yang dipersetujui dengan penyampaian perkhidmatan adalah sama seperti perjanjian pembekal. Pengurus ICT, Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy