Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 95 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 b. menilai tahap kerentanan bagi mengenal pasti tahap risiko yang bakal dihadapi; dan c. mengambil langkah-langkah kawalan untuk mengatasi risiko berkaitan. K10/06 Perkhidmatan E-dagang Bertujuan untuk memastikan keselamatan perkhidmatan e-dagang dan penggunaannya. a. maklumat yang terlibat dalam e-dagang mesti dilindungi daripada aktiviti penipuan, pertikaian kontrak dan pendedahan serta pengubahsuaian yang tidak dibenarkan; b. maklumat yang terlibat menerusi transaksi dalam talian (online) mesti dilindungi bagi mengelak penghantaran yang tidak lengkap, salah destinasi, pengubahsuaian, pendedahan, duplikasi atau pengulangan mesej yang tidak dibenarkan; dan c. integriti maklumat yang disediakan untuk sistem yang boleh dicapai oleh orang awam atau pihak lain yang berkepentingan mesti dilindungi untuk mencegah sebarang pindaan yang tidak diperakukan. Pentadbir Sistem, Pengguna K10/07 Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Menerangkan perkara yang mesti dipatuhi dalam membangunkan aplikasi mudah alih bagi menjamin keselamatan aplikasi dan data. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy