Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 5 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 SKOP Sistem ICT JPA terdiri daripada organisasi, manusia, perisian, peralatan, telekomunikasi, kemudahan ICT, data dan maklumat. JPA telah menetapkan keperluan-keperluan asas keselamatan seperti berikut: 1. Data dan maklumat termasuk hardcopy dan softcopy hendaklah boleh diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan dengan cara yang boleh dipercayai. Ini adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan dan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan dan berkualiti. 2. Semua data dan maklumat hendaklah dijaga kerahsiaannya dan dikendalikan sebaik mungkin pada setiap masa bagi memastikan kesempurnaan dan melindungi kepentingan JPA. PKS JPA merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat ICT kerajaan yang dimasukkan, diwujud, dimusnah, disimpan, dijana, dicetak, diakses, diedar dan yang dibuat salinan. Ini akan dilakukan melalui penubuhan dan penguatkuasaan sistem kawalan dan prosedur dalam pengendalian semua perkara-perkara berikut: 1. Data dan maklumat Semua data dan maklumat elektronik dan bercetak yang disimpan atau digunakan di pelbagai media termasuk prosedur, manual pengguna, sistem dokumentasi, rekod, pangkalan data dan lain-lain; 2. Peralatan ICT Semua peralatan komputer seperti, komputer peribadi, komputer riba pencetak, media storan, server, firewall, peralatan multimedia & komunikasi, dan alat sokongan yang lain;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy