Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 92 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K10/03 Keselamatan Dalam Proses Pembangunan dan Sokongan K10/03/01 Peraturan Keselamatan Dalam Pembangunan Sistem Tatacara pembangunan perisian dan sistem yang mengambil kira aspek keselamatan maklumat hendaklah diwujudkan dan dilaksanakan di dalam organisasi. Pengurus ICT K10/03/02 Prosedur Perubahan Perubahan atau pengubahsuaian ke atas kitaran hayat pembangunan sistem, sistem pengoperasian dan aplikasi hendaklah dikawal, diuji, direkod dan disahkan sebelum digunakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pentadbir Sistem dan Pemilik Proses atau Pemilik Sistem K10/03/03 Semakan Teknikal Aplikasi Selepas Perubahan Platform Semakan dan pengujian terhadap aplikasi perlu dilaksanakan sekiranya berlaku perubahan terhadap platform pengoperasian bagi memastikan fungsi dan operasi sistem tidak terjejas. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: a. Memastikan sistem aplikasi, integriti data dan kawalan akses disemak supaya operasi sistem tidak terjejas apabila perubahan platform dilaksanakan; dan b. Ujian penerimaan pengguna perlu dilaksanakan setelah perubahan platform selesai dilaksanakan. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy