Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 91 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K10/01/03 Pengesahan Data Output Data output daripada aplikasi perlu disahkan bagi memastikan maklumat yang dihasilkan adalah tepat. Pentadbir Sistem Aplikasi K10/02 Keselamatan Fail Sistem Fail sistem perlu dikawal dan dikendalikan dengan baik dan selamat. a. proses pengemaskinian fail sistem hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem atau pegawai yang berkenaan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan; b. kod sumber sistem yang telah dikemas kini hanya boleh dilaksanakan atau digunakan selepas diuji; c. mengawal capaian ke atas kod sumber bagi mengelakkan kerosakan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, penghapusan dan kecurian; d. mengaktifkan log audit bagi merekodkan semua aktiviti pengemaskinian untuk tujuan statistik, pemulihan dan keselamatan; dan e. data ujian hendaklah dipilih dan penggunaannya dikawal serta dilindungi. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy