Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 90 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 10: Perolehan, Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem Objektif Memastikan sistem yang dibangunkan sendiri atau pihak ketiga mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT yang bersesuaian. K10/01 Kawalan Prosesan Aplikasi a. perolehan dan pembangunan, penambahbaikan serta penyelenggaraan sistem secara dalaman atau luaran hendaklah mengambil kira kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan sistem dan maklumat; b. ujian keselamatan hendaklah dijalankan ke atas sistem aplikasi untuk menyemak dan memastikan keselamatan sistem dan maklumat; dan c. sistem hendaklah diuji bagi memastikan sistem berkenaan memenuhi keperluan keselamatan sebelum digunakan dan dalam tempoh penyenggaraan. ICTSO, Pentadbir Sistem K010/01/01 Pengesahan Data Input Input data ke dalam aplikasi perlulah melalui proses pengesahan bagi memastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan boleh dipercayai. Pentadbir Sistem K10/01/02 Kawalan Prosesan Mekanisme semasa pemprosesan data perlu diwujudkan bagi mengesan sebarang perubahan yang berlaku semasa proses dilaksanakan di dalam sistem. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy