Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 88 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 e. polisi dan prosedur perlu dibangunkan dan dilaksanakan bagi melindungi maklumat yang berhubung kait dengan sistem maklumat JPA. K09/03 Pengurusan Mel Elektronik (E-mel) Penggunaan e-mel di JPA hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir E-mel untuk memenuhi keperluan etika penggunaan e-mel dan Internet. Di antara prosedur-prosedur pengurusan e-mel termasuk: a. mengehadkan jenis dan saiz fail lampiran bagi tujuan mengelakkan jangkitan virus dan serangan e-mel bombing; b. penghantaran dokumen rasmi hendaklah menggunakan e-mel rasmi jabatan sahaja; c. penggunaan e-mel JPA bagi tujuan peribadi adalah tidak dibenarkan; d. pentadbir e-mel perlu menetapkan had minimum kuota mailbox mengikut gred; e. pengemaskinian e-mel hendaklah dibuat sekiranya mailbox pengguna tidak aktif selama satu (1) bulan kecuali menerima pemakluman rasmi bagi mengesahkan pengguna mailbox masih aktif; f. penghantaran lampiran dalam format atau extension “*.exe, *.bat” dan “ *.com” tidak dibenarkan; Pentadbir E-mel, Penyelaras ICT Bahagian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy