Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 87 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 e. memasang Web Content Filter untuk menyekat aktiviti yang dilarang; dan f. sebarang penyambungan rangkaian yang bukan di bawah kawalan JPA adalah tidak dibenarkan. K09/02 Pengurusan Penghantaran dan Penerimaan Maklumat Bertujuan untuk memastikan keselamatan penghantaran dan penerimaan maklumat dan perisian dalam agensi dan mana-mana entiti luar terjamin. Langkah-langkah bagi menjamin keselamatan penghantaran dan penerimaan maklumat adalah seperti berikut: a. polisi, prosedur dan kawalan penghantaran dan penerimaan maklumat yang formal perlu diwujudkan untuk melindungi maklumat melalui penggunaan pelbagai jenis kemudahan komunikasi; b. perjanjian perlu diwujudkan untuk penghantaran dan penerimaan maklumat dan perisian di antara JPA dengan pihak luar; c. media yang mengandungi maklumat perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan atau kerosakan semasa pemindahan dan penerimaan; d. maklumat yang terdapat dalam mel elektronik perlu dilindungi sebaik-baiknya; dan Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy