Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 86 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 09: Keselamatan Komunikasi Objektif Memastikan sistem yang dibangunkan sendiri atau oleh pihak pembekal mempunyai ciri-ciri keselamatan maklumat dan komunikasi yang bersesuaian. K09/01 Pengurusan Rangkaian Infrastruktur Rangkaian perlu dikawal dan diuruskan sebaik mungkin demi melindungi ancaman kepada sistem dan aplikasi dalam rangkaian. Langkah-langkah bagi menangani ancaman ke atas rangkaian adalah seperti berikut: a. semua tanggungjawab atau kerja-kerja operasi rangkaian dan komputer hendaklah diasingkan untuk mengurangkan capaian dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan; b. capaian kepada peralatan rangkaian hendaklah dikawal dan terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja; c. semua capaian kepada Internet dan sistem aplikasi mestilah melalui firewall; d. memasang perisian IPS bagi mengesan dan menghalang sebarang cubaan menceroboh dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengancam sistem dan maklumat JPA; Pentadbir Rangkaian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy