Previous Page  9 / 133 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 9 / 133 Next Page
Page Background

Versi:

2.4

Muka Surat:

3 dari 114

DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini

27 Feb 2018

7.

melindungi aset ICT daripada penyelewengan oleh kakitangan, pengguna dan

pembekal.

PERNYATAAN DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak

boleh diterima. Keselamatan adalah suatu proses yang berterusan. Ia melibatkan aktiviti

berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan kerana

ancaman dan kelemahan sentiasa berubah.

Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan bagi segala urusan menyedia dan membekalkan

perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan. Terdapat empat

(4) komponen asas keselamatan IT, iaitu:

1.

melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi JPA dari capaian tanpa kuasa

yang sah;

2.

menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna;

3.

memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan

4.

memastikan akses hanya kepada pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan

maklumat dari sumber-sumber yang sah.