Previous Page  8 / 133 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 8 / 133 Next Page
Page Background

Versi:

2.4

Muka Surat:

2 dari 114

DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini

27 Feb 2018

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia berperanan untuk menyediakan perkhidmatan

bagi perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia sektor awam yang

cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi. Dokumen ini diguna pakai oleh

semua kakitangan, pengguna dan pembekal yang menyediakan perkhidmatan, mencapai dan

menggunakan aset dan sistem aplikasi

Information and Communication Technology

(ICT) di

JPA. Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPA disediakan berpandu kepada piawaian antarabangsa

iaitu ISO/IEC 27001:2013

.

OBJEKTIF DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Objektif utama DKICT adalah seperti berikut:

1.

memastikan kelancaran operasi jabatan yang berlandaskan ICT dengan mencegah serta

meminimumkan kerosakan atau kemusnahan aset ICT jabatan;

2.

melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat

daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, tidak boleh

disangkal, kebolehsediaan dan kesahihan (

CIA

3

);

3.

meminimumkan kos penyelenggaraan ICT akibat ancaman

dan penyalahgunaan;

4.

meningkatkan tahap kesedaran keselamatan ICT kepada para kakitangan, pengguna

dan pembekal;

5.

memperkemaskan pengurusan risiko;

6.

mencegah penyalahgunaan atau kecurian aset ICT jabatan; dan