Change Journey Edisi 2

16 Mesyuarat Kerja Penyediaan Business Requirement Specification (BRS) Projek Pembangunan dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Siri Pertama - Modul Maklumat Umum dan Dasar Sumber Manusia Mesyuarat Kerja Penyediaan Business Requirement Specification (BRS) Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan Dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Siri Pertama bagi Modul Aplikasi Mudah Alih telah berlangsung pada 8, 9 dan 10 Ogos 2023 di Bilik Serbaguna Bougainvillea, Kompleks C1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya. OGOS 2023 Modul ini berfungsi sebagai repositori pengetahuan bagi semua maklumat yang berkaitan sumber manusia yang akan dicapai oleh semua pegawai seperti dasar sumber manusia, pekeliling dan garis panduan berkaitan dengan sumber manusia. Melalui modul ini juga sebarang penerbitan, artikel dan siaran media terpilih kerajaan berkaitan sumber manusia akan dipaparkan. Senarai direktori kerajaan dan soalan lazim (FAQ) berkaitan proses- proses sumber manusia juga boleh dicapai oleh pegawai melalui modul ini. Tujuan mesyuarat kerja ini dijalankan adalah: 1.Mendapatkan keperluan terperinci bagi pembangunan HRM Baharu; Mendapatkan persetujuan keperluan daripada semua pihak berkepentingan; dan 2. 3.Menyediakan dokumen spesifikasi keperluan bisnes (BRS).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy