Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

89 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 5. REPRESENTASI PEMBELAAN DIRI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) mohon maaf di atas apa yang berlaku; (b) mengaku ada membuat pinjaman wang dari Tabika Perpaduan X sebanyak RM1,300.00 pada 18.6.2004 dan dari Tabika Perpaduan Z sebanyak RM1,050.00 pada 25.6.2004 serta berjanji akan membayar balik baki pinjaman dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat representasi; (c) pinjaman dari Tabika Perpaduan Z telah dibayar sebanyak RM1,000.00 dan juga pinjaman dari Tabika Perpaduan X telah dibayar sebanyak RM1,100.00 pada 30.10.2004; (d) berniat untuk membayar dan menjelaskan hutangnya; dan (e) berasa amat kesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) representasi pegawai dibuat secara ringkas; (b) Ketua Jabatan mengesyorkan pegawai diberi peluang dengan membayar balik semua pinjaman secara bersyarat; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy