Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

88 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, ABC (KP: 000000-00-0000) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S32 yang bertugas di Pejabat Perpaduan X, Negeri H pada 18.6.2004 telah didapati menggunakan wang tabung Tabika Perpaduan X sebanyak RM1,300.00 dan pada 25.6.2004 telah menggunakan wang tabung Tabika Perpaduan Z sebanyak RM1,050.00 untuk tujuan peribadi. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa tuan telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy