Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

87 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak berjaya menafikan pertuduhan ke atasnya dan perbuatan pegawai jelas bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan; dan (b) menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 1. KES Encik ABC adalah seorang pegawai dari Kumpulan Sokongan, memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S32 di Pejabat Perpaduan X, Negeri H. Pegawai dilaporkan telah menggunakan wang peruntukan Tabika Perpaduan X dan Tabika Perpaduan Z berjumlah RM2,350.00 bagi kegunaan peribadi pada 18.6.2004 dan 25.6.2004. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. CONTOH 3

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy