Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

86 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (g) tidak dimaklumkan oleh kakitangan terdapat permohonan lain selain tanah tersebut adalah baki lot dan tidak timbul pegawai mengambil hak milik orang lain atau tanah usaha orang lain. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Jabatan tidak dapat memberikan sebarang ulasan berkaitan surat representasi pegawai kerana pertuduhan yang dikenakan terhadap pegawai melibatkan kes pada tahun 2003 dan 2007. Oleh itu adalah sukar untuk mendapatkan ulasan daripada pihak Pejabat Tanah dan Daerah kerana kes berlaku dalam tempoh yang terlalu lama; dan (b) Jabatan ini menyerahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk membuat pertimbangan dan keputusan tindakan tatatertib terhadap pegawai mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setelah menimbang kes pegawai, membuat keputusan berikut: Pertuduhan 1 dan 2 Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun pangkat’ dari Gred M48 ke Gred M44 mengikut peraturan 38(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy