Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

85 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) permohonan tanah oleh Encik X telah dibuat dengan pengetahuannya; (c) kelulusan permohonan tanah tersebut diperolehi pada 16.12.2003 dan penjualannya mula dilakukan pada 2005 serta didaftarkan atas nama anak pegawai pada 20.7.2007; (d) permohonan tanah tersebut dilakukan mengikut prosedur dan disaksikan oleh Penolong Tadbir Tanah dan Daerah; dan (e) tanah tersebut tidak dikaveatkan oleh Badan Pencegah Rasuah dan tidak dimaklumkan oleh kakitangan bahawa terdapat permohonan lain selain tanah tersebut. Pertuduhan 2 (a) permohonan tanah oleh anaknya telah dibuat mengikut peraturan; (b) kehilangan fail terlibat bukan atas tanggungjawab pegawai seorang; (c) telah mengisytiharkan kepentingan dan keluar dari mesyuarat semasa mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Daerah diadakan; (d) Pentadbir-Pentadbir Tanah dan Daerah boleh menolak sesuatu permohonan tanah tanpa memberi alasan dan membuat penolakan ringkas; (e) terdapat pelbagai kemungkinan fail-fail yang hilang dari simpanan pejabat. Kehilangan ini berpunca dari catatan pelan litho dan doket serta bukannya berdasarkan pemerhatian sendiri fail-fail yang dikatakan wujud tersebut; (f) Kerani Fail tidak merangkaikan fail lain semasa fail permohonan anaknya dibentangkan ke mesyuarat atas pelbagai kemungkinan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy