Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

84 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 8/2007 bertarikh 11.11.2007 dan hanya memproses serta memperakukan permohonan tanah anak tuan bernama Encik C (KP: 222222-22-2222) ke atas lot tanah yang sama. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai menggunakan kedudukan awam tuan bagi faedah persendirian serta tidak jujur atau tidak amanah iaitu melanggar tata kelakuan di bawah Peraturan 4(2)(c)(ii) dan Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh - (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa - (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (f) tidak jujur atau tidak amanah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: Pertuduhan 1 (a) menafikan pertuduhan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy