Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

83 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pertuduhan 1 Bahawa tuan, HH (KP: 000000-00-0000) Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M48, semasa bertugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah dan Daerah G, Daerah G, Negeri S telah mengemukakan dan memperakukan Encik X (KP: 111111-11-1111) sebagai pemohon tanah dalam Rancangan Berkelompok Tanah Air Mukim G dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Bilangan 4/2003 bertarikh 13.4.2003 tanpa pengetahuan Encik X dengan niat untuk memindah milik tanah tersebut kepada anak tuan bernama Encik C (KP: 222222-22-2222). Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai menggunakan kedudukan awam tuan bagi faedah sendiri serta tidak jujur atau tidak amanah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(c)(ii) dan peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa - (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (f) tidak jujur atau tidak amanah.” Pertuduhan 2 Bahawa tuan, HH (KP: 000000-00-0000) Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M48, semasa bertugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah dan Daerah G, Daerah G, Negeri S telah tidak menyenaraikan dan membentangkan kesemua permohonan ke atas lot tanah di Rancangan Perkampungan Kampung M, Mukim G, Daerah G, Negeri S dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Bilangan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy