Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

80 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi dan apa-apa penjelasan lanjut. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) bukti akuan penerimaan surat pertuduhan masih belum diterima daripada pegawai; (b) pegawai juga tidak memberi jawapan terhadap surat pertuduhan; dan (c) Ketua Jabatan menyerahkan perkara ini kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk membuat keputusan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan tindakan ‘tangguh pergerakan gaji’ selama dua belas (12) bulan mengikut peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy