Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

79 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Puan SZ (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Pegawai Perubatan Gred UD48, pada 14.12.2002 semasa bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital K, Daerah MR, Negeri O telah didapati membeli sebuah komputer dari Syarikat TC. Puan telah mengarahkan satu Pesanan Kerajaan No. 789 disediakan bagi tujuan pembelian komputer tersebut setelah sebut harga diterima daripada Syarikat TC, yang mana salah seorang pemilik Syarikat TC adalah suami puan. Perbuatan puan juga boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy