Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

78 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MENYALAHGUNAKAN ATAU MENGGUNAKAN KEDUDUKAN AWAM 1. KES Puan SZ merupakan seorang Pegawai Perubatan Gred UD48 di Hospital K, Daerah MR, Negeri O. Pada 4.12.2002, Pejabat Kesihatan Daerah MR telah menerima waran berjumlah RM18,500.00 daripada Jabatan Kesihatan Negeri bagi peruntukan untuk program AIDS. Pegawai telah membuat keputusan untuk menggunakan peruntukan tersebut bagi membeli sebuah komputer untuk kegunaan Pejabat Kesihatan Daerah MR. Pegawai telah membeli komputer tersebut dari Syarikat TC. Pegawai telah mengarahkan satu Pesanan Kerajaan disediakan bagi tujuan pembelian komputer tersebut setelah sebut harga diterima daripada Syarikat TC. Hasil siasatan mendapati salah seorang pemilik Syarikat TC adalah suami pegawai. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau CONTOH 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy