Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

75 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu menyatakan bahawa dia mendapat maklumat pihak syarikat ingin melupuskan kereta tersebut dari pemandu kenderaan syarikat yang kebetulan merupakan ayah kepada kawan anak perayu. Permohonan untuk membeli kereta tersebut telah dikemukakan melalui pemandu berkenaan. Perayu tidak pernah berjumpa atau menghubungi Pengurus Syarikat itu tetapi menerima pemakluman kelulusan tersebut melalui telefon yang memberitahu permohonan perayu berjaya dan perlu membayar RM18,000 dengan kadar segera; (b) tindakan perayu mengikrarkan kepada pihak pengurusan Jabatan adalah bukti perayu telus dalam pembelian kenderaan dan tidak berhasrat menyembunyikan apa-apa perkara kerana format kebenaran pembelian kereta tersebut mengandungi butir-butir terperinci mengenai kenderaan dan punca-punca kewangan terlibat. Perisytiharan harta perayu telah diambil maklum oleh jabatan setelah mendapati ia dibuat dengan teratur dan sempurna. Kenderaan itu juga merupakan kenderaan yang hendak dilupuskan oleh syarikat kerana tidak diperlukan lagi; (c) permohonan perayu berdasarkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi di jabatan perayu telah memutuskan untuk mengeluarkan amaran secara pentadbiran bagi kes ini. Perayu percaya pihak

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy